sudah kering air mata ini,
sudah puas! sudah bosan!
asyik menangisi nasib diri,
Bukan menolak atau membenci takdir,
tapi kesal dengan suratan takdir,
bukan tak mahu meneruskan hidup ini,
tapi sudah terasa lemas dan letih.
penderitaan ini,
tiada siapa yang cuba memahami,
semakin disorok rasa itu,
semakin pedih dan parah di hati,
tapi apakan daya,
aku bukanlah dewa mahupun Tuhan,
yang mampu mengubah takdir,
takdir yang tersurat sejak zaman azali,
AKU HANYA MANUSIA BIASA,
yang mampu berdoa dan berserah,
menerima seadanya,
kerana aku lemah di sisi kekuatan-Nya.
No comments:
Post a Comment