Memang indah bila dipupuk,
Beralih arah bila dah lapuk,
Namun hati terus dipujuk,
Bagai telur di hujung tanduk.
Cinta kita,
Bersemi atas kemahuan,
Pergi tanpa kerelaan,
Bila hilang tanpa jangkaan,
Hati sedih tak keruan,
Namun cinta,
Tetap utuh bersemadi,
Walaupun hanya di hujung nadi,
Biarlah hati merintih sepi,
Bersama kenangan yang abadi.
Cinta kita,
Menjadi tugu peringatan jiwa,
Tetap teguh walaupun digoda,
Yang pastinya,
Biarlah penawar pengubat hati,
Agar diri ini tersenyum kembali,
Buat kekasih yang telah pergi,
Ku doakan kau terus berseri,
Membilang hari menghitung mimpi,
Moga bahagia hidup dikecapi.
Untuk cinta kita,
Hanya ini mampu kuberikan,
Padamu kasih pujaan hati,
Kerana realiti tak seindah fantasi,
Belajarlah untuk hiudp sendiri,
Bila mata merenung bulan,
Menggamit kasih tak kesampaian,
Hanya cahaya menerangi,
Menyuluh malam yang kegelapan,
Andai kata bulan menyepi,
Hilanglah sinar semangat jiwa,
Sudah suratan kasih terburai,
Seribu tahun tak jemu jua,
Namun aku tetap berdiri,
Bersama lilin yang menyinari,
Sebelum ia membakar diri,
Baik ku lari dari digari,
Namun, mengapa?
Bulan terus mengambang,
setelah diri sedia berundur,
Takkan ku sanggup berdiri lagi,
Biarkan kau melangkah pergi,
sebelum ia memakan diri,
Pergiku tanpa kerelaan hati,
Bersama ketentuan yang tak pasti,
Wahai pujangga idaman hati,
Biarkanlah aku pergi,
Membawa diri,
Kerna hidup tak seinddah mimpi,
Bagai anganan ditiup angin...
Sesudah sinar malam. sinar selepas malam atau malam selepas sinar? Semoga Para Pembaca akan menikmati kemanisan buah dari blog ini...
Wednesday, January 9, 2013
Tuesday, January 8, 2013
APAKAH ITU SALAHKU?
tika diri ini bersendirian,
kenangan silam mula menerpa ke ingatan,
Adanya bahagia menemani,
Tapi di situlah derita mencari,
Kisah semalam itu,
Tak dapatku tafsirkan dengan kata-kata,
Hanya Tuhan yang tahu,
Betapa kesedihan dan kepiluhan hatiku,
Bagai sebuah batu besar menghempap diriku,
Tiada teman berkongsi cerita,
oh hatiku sayang,
Tika ini hanya sehelai kertas berkongsi sebatang pen,
menjadi peneman setiaku,
mencoret jeritan batinku,
jeritan akan kisah semalam,
yang cuba ku buang jauh namun payah sekali,
Ingin sekali aku bebas jauh dari belenggu ini,
Belenggu masa silam yang hitam,
Adakah begitu susahku mencari jalan keluar?
keluar berlari dari derita ini?
Saat sang matahari mula menyinari hidupku,
Awan hitam semalam menjelma lalu memuntahkan sang hujan,
Kisah sedih itu menjelma menari di ingatan,
Sehingga diri ini lemas tak bermaya,
Sesat dalam pencarian arah bahagia.
APAKAH ITU SALAHKU?
tika aku ingin keluar dari derita ini,
bagai dirantai besi tak mampu bergerak,
mengapa aku diperlakukan sebegini rupa?
Aku sendiri gagal menemui jawabnya.
kenangan silam mula menerpa ke ingatan,
Adanya bahagia menemani,
Tapi di situlah derita mencari,
Kisah semalam itu,
Tak dapatku tafsirkan dengan kata-kata,
Hanya Tuhan yang tahu,
Betapa kesedihan dan kepiluhan hatiku,
Bagai sebuah batu besar menghempap diriku,
Tiada teman berkongsi cerita,
oh hatiku sayang,
Tika ini hanya sehelai kertas berkongsi sebatang pen,
menjadi peneman setiaku,
mencoret jeritan batinku,
jeritan akan kisah semalam,
yang cuba ku buang jauh namun payah sekali,
Ingin sekali aku bebas jauh dari belenggu ini,
Belenggu masa silam yang hitam,
Adakah begitu susahku mencari jalan keluar?
keluar berlari dari derita ini?
Saat sang matahari mula menyinari hidupku,
Awan hitam semalam menjelma lalu memuntahkan sang hujan,
Kisah sedih itu menjelma menari di ingatan,
Sehingga diri ini lemas tak bermaya,
Sesat dalam pencarian arah bahagia.
APAKAH ITU SALAHKU?
tika aku ingin keluar dari derita ini,
bagai dirantai besi tak mampu bergerak,
mengapa aku diperlakukan sebegini rupa?
Aku sendiri gagal menemui jawabnya.
Monday, January 7, 2013
AKU HANYA MANUSIA BIASA
kadangkala kurasakan,
sudah kering air mata ini,
sudah puas! sudah bosan!
asyik menangisi nasib diri,
Bukan menolak atau membenci takdir,
tapi kesal dengan suratan takdir,
bukan tak mahu meneruskan hidup ini,
tapi sudah terasa lemas dan letih.
penderitaan ini,
tiada siapa yang cuba memahami,
semakin disorok rasa itu,
semakin pedih dan parah di hati,
tapi apakan daya,
aku bukanlah dewa mahupun Tuhan,
yang mampu mengubah takdir,
takdir yang tersurat sejak zaman azali,
AKU HANYA MANUSIA BIASA,
yang mampu berdoa dan berserah,
menerima seadanya,
kerana aku lemah di sisi kekuatan-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)