Saturday, December 4, 2010

Cerita Cintaku - episod 1

Aku pernah bahagia dengannya,
Aku selalu berasa dihargai ketika bersamanya,
Walau kekadang aku terasa aku terpinggir,
Namun aku tetap bahagia kerana dia tetap mempercayaiku.
Aku selalu menyakiti hatinya,
Namun dia tetap setia denganku dan sentiasa percaya aku akan berubah suatu hari nanti,
Baginya semua kata-kata angin yang dibawa hanyalah kata-kata yang tak akan masuk ke dalam hatinya.
Aku terlalu alpa hingga akhirnya aku memutuskan perhubungan kami...
Aku hanya ingin lari dari belenggu kebaikannya,
Aku tak mahu dia sengsara dengan apa yang kuperbuat,
Aku sangka dia akan membenciku,
Melupakanku dan mencari yang lain.

Bertahun berlalu,
Aku telah mempunyai pemilik hati yang lain,
Aku bahagia dengan kehidupan bersama dengan pemilik hatiku,
Aku melupakannya hingga suatu hari dia mencariku lagi,
Dia masih mengingatku dan masih berharap kepadaku,
Aku tersepit antara dua pilihan.

Namun aku memilih untuk menerimanya hanya dengan panggilan sahabat,
Dia tak akn kembali dalam hatiku lagi,
Aku telah menutup hatiku buatnya,
Namun ku akui, jauh di sudut hatiku aku masih sayang padanya,
Namun aku tetap tak akan menerimanya lagi kerna aku sudah punya pemilik hati yang baru,
Yang kuharap akan memberi sinar dalam hidupku,
Aku akan terus bersamanya walau apa jua berlaku kerna hatiku sudah menjadi miliknya.

Aku akui, dia yang dulu, kekadang ku mencemburuinya ketika dia bersama yang lain,
Namun kami tak akan bersama lagi,
Aku tetap akan menerimanya sebagai sahabatku sahaja.

Aku bersyukur kerna aku menemui sahabatku itu,
Pengalaman bersamanya pasti akan kuabadikan selamanya,
Dan aku akan membina kisah cinta bersama dia yang baru yang kusayangi sekarang.

Doakan hubungan kami.

Inilah cerita cintaku pada saat ini.

No comments:

Post a Comment