Sesudah sinar malam. sinar selepas malam atau malam selepas sinar? Semoga Para Pembaca akan menikmati kemanisan buah dari blog ini...
Monday, November 29, 2010
Sesudah Sinar Malam - Episod 5
Sedari kaki kecilku melangkah tanpa arah,
Aku berhenti di tepian bendang merenung luas hijau padi,
Terpaku akan keindahan alam ciptaan Tuhan,
Lantas hati kecilku mengucap syukur diberi peluang menikmati indahnya dunia.
Tangan kecilku lantas menanam azam di bendang sanubari,
Agar hari esok terus bercerah walau gelap datang bertandang,
Hidup perlu diteruskan tanpa berpatah langkah di jalanan kehidupan,
Perjalanan mesti diteruskan walau apa jua keadaan,
Semua kerna tak akan ku sia-siakan anugerah Tuhan,
Sehirup udara segar nafas kehidupan,
Tak akan cuba menitis air mataku lagi,
Ku harus kuat.
Aku pasti,
di sana nan hujung jalan,
Tersimpuh sebuah jawapan menunggu kehadiranku,
Walau jauh tak ku jangka,
Namun aku harus tabah,
Kerna pasti...
Di sana ada sinar,
pastinya ada SINAR SESUDAH MALAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment